Alat Muzik Tradisional Orang Melayu ( terkakhir )
Apabila saya sebut tentang Gong, rakan-rakan saya menyangkakan bahawa ia adalah alat muzik bangsa Cina sahaja kerana sering dilihat dimainkan apabila mereka sedang mengadakan Tarian Singa pada waku Tahun Baru Cina. Kini saya akan memberi tahu anda tentang Gong Melayu pula.
Gong merupakan sejenis peralatan muzik "idiophone" yang berasal dair Asia Selatan. Gong ini telah wujud sejak zaman gangsa lagi dari Yunan.
Gong terdapat pelbagai saiz untuk megnhasilkan bunyi yang berlainan mengikut rentak lagu. Gong sering ditemani satu atau dua gendang untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah sering dijumpai di seluruh semenanjung Indochina dan juga kepulauan Nusantara sebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional.
Telah terjamin alat ini berkualiti tinggi kerana cara pembimkinanya amat sukar dan kos yang agak tinggi.Alat ini juga diimport dari Indonesia. Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu.
Pada waku pemerintahan Semasa pemerintahan kerajaan-kerajaan Nusantara dahulu, gong kecil atau canang akan dikandar oleh pesuruh raja yang akan berkeliling kampong-kampong bagi menyebarkan berita. Gong akan dicanang bagi mengumpulkan penduduk kampung dan titah raja akan dibacakan oleh pesuruh raja.
0 comments:
Post a Comment