CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, July 18, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI 5




Alat Muzik Tradisional Melayu ( Pertama )

Jikalau kini Gitar, Gendang dan Piano menjadi alat muzik kegilaan ramai, Melayu juga mempunyai pelbagai alat muzik tradisionalnya sendiri. Saya memulakan dengan alat muzik Melayu tradisional yang masih terkenal iaitu Kompang.


Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling terkenal bagi masyarakat Melayu. tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing. Kompang berasal dari dunia Arab dan dimasukkan ke Tanah Melayu pada zaman Kesultanan Melaka.

Kompang juga boleh dikatakan alat muzik tradisional yang paling popular di Malaysia, dan digunakan di pelbagai majlis seperti Perarakan Hari Kemerdekaan, pelbagai majlis rasmi, serta majlis perkahwinan. Kompang yang berbentuk seperti sebiji tamborin tanpa kepingan besi disekelilingnya, selalunya dimainkan secara berkumpulan. Pelbagai corak paluan dihasilkan dengan melapiskan pelbagai rentak paluan yang berbeza menjadi satu gabungan ritma yang menarik.

Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.




0 comments: