CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, July 29, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI 10

Harapan saya tentang budaya melayu

Harapan saya tentang budaya Melayu ialah agar budaya melayu tidak akan hilang di dunia. Saya juga berharap agar bangsa melayu tidak akan hanyut sepert mempunyai sikap yang malas, kuat berjudi , penagih bomoh dan yang sering dilihat iaitu mengikut budaya berasal barat. Ini semua sering dilihat sehingga membuat bangsa lain pandang rendah terhadap bangsa kami. Saya percaya bangsa Melayu akan berjaya seperti Tan Sri P.Ramlee dan juga bekas presiden kami Yusof Ishak. Walau bagaimanapun. saya tetap bangga dengan kejayaan orang Melayu zaman kini seperti Taufik Batisah, Hady Mirza dan juga Sezairi Sezali walaupun mempunyai masalah perkauman kerana sudah tiga kali Melayu menjuarai pertandingan "Singapore idol ". Saya juga bangga dengan bangsa saya kerana masih kuat budayanya. Terakhi sekali, saya berharap bangsa Melayu akan tetap hidup dan tidak hilang budayanya di muka bumi ini.

Wednesday, July 21, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI 9

Hari Kerhamonian Kaum



Setiap tahun, sekolah saya akan meraihkan Hari kerhamonian Kaum. Seluruh para-para pelajar akan memakai baju tradisional mengikut bangsa-bangsa mereka tetapi tidak semestinya kerana bangsa melayu juga boleh memakai baju tradisional bangsa Cina dan bangsa Cina juga boleh memakai baju tradisional bangsa Melayu. Kami juga boleh memakai baju tradisional bangsa jepun dan pelbagai-pelbagai baju tradisional yang lain.


Kami menyambut Hari Kerhamonian Kaum untuk menjaga keharmonian kaum dan agama. Hari Kerhamonian Kaum juga dapat menyatukan bangsa-bangsa yang berlainan bersama seperti
mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik berkaitan dengan hari yang istimewa ini. Para pelajar dapat mempelajari lebih tentang budaya-budaya bangsa-bangsa lain.

Kami menyambut Hari Kerhamonian Kaum ialah juga untuk mengingat kembali rusuhan perkauman di Singapura pada tahun 1964 21 Julai. Rusuhan itu adalah serangkaian rusuhan yang berlaku di Singapura pada bulan Julai dan September antara bangsa Cina dan Melayu. Insiden pertama berlaku pada 21 Julai sewaktu prosesi Melayu yang memandangkan hari lahir Nabi Muhammad.

Saya suka bila tiba waktunya Hari Kerhamonian Kaum kerana dapat melihat rakan-rakan saya memakai pakaian-pakaian yang berwarna warni. Saya juga gembira dapat melihat rakan-rakan saya memakai baju tradisional saya.









PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI 8

Alat Muzik Tradisional Orang Melayu ( terkakhir )


Apabila saya sebut tentang Gong, rakan-rakan saya menyangkakan bahawa ia adalah alat muzik bangsa Cina sahaja kerana sering dilihat dimainkan apabila mereka sedang mengadakan Tarian Singa pada waku Tahun Baru Cina. Kini saya akan memberi tahu anda tentang Gong Melayu pula.

Gong merupakan sejenis peralatan muzik "idiophone" yang berasal dair Asia Selatan. Gong ini telah wujud sejak zaman gangsa lagi dari Yunan.

Gong terdapat pelbagai saiz untuk megnhasilkan bunyi yang berlainan mengikut rentak lagu. Gong sering ditemani satu atau dua gendang untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah sering dijumpai di seluruh semenanjung Indochina dan juga kepulauan Nusantara sebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional.

Telah terjamin alat ini berkualiti tinggi kerana cara pembimkinanya amat sukar dan kos yang agak tinggi.Alat ini juga diimport dari Indonesia. Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu.

Pada waku pemerintahan Semasa pemerintahan kerajaan-kerajaan Nusantara dahulu, gong kecil atau canang akan dikandar oleh pesuruh raja yang akan berkeliling kampong-kampong bagi menyebarkan berita. Gong akan dicanang bagi mengumpulkan penduduk kampung dan titah raja akan dibacakan oleh pesuruh raja.





Tuesday, July 20, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI 7


Alat Muzik Tradisional Orang Melayu ( ketiga )



Kini saya akan memberitahu anda pula tentang lagi satu alat muzik tradisional orang Melayu iaitu Rebana.

Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang biasa dimainkan untuk lagu-lagu budaya. Permainan rebana sangat popular di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk.

Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana Ubi.

Sunday, July 18, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI 6


Alat Muzik Tradisional Melayu ( kedua )

Gendang adalah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang.

Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu. Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan Diraja.

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI 5




Alat Muzik Tradisional Melayu ( Pertama )

Jikalau kini Gitar, Gendang dan Piano menjadi alat muzik kegilaan ramai, Melayu juga mempunyai pelbagai alat muzik tradisionalnya sendiri. Saya memulakan dengan alat muzik Melayu tradisional yang masih terkenal iaitu Kompang.


Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling terkenal bagi masyarakat Melayu. tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing. Kompang berasal dari dunia Arab dan dimasukkan ke Tanah Melayu pada zaman Kesultanan Melaka.

Kompang juga boleh dikatakan alat muzik tradisional yang paling popular di Malaysia, dan digunakan di pelbagai majlis seperti Perarakan Hari Kemerdekaan, pelbagai majlis rasmi, serta majlis perkahwinan. Kompang yang berbentuk seperti sebiji tamborin tanpa kepingan besi disekelilingnya, selalunya dimainkan secara berkumpulan. Pelbagai corak paluan dihasilkan dengan melapiskan pelbagai rentak paluan yang berbeza menjadi satu gabungan ritma yang menarik.

Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.




Friday, July 16, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI 4


Perkahwinan Tradisional Melayu








Perkahwinan tradisional Melayu ini boleh dibahagikan kepada beberapa proses contohnya,



MERISIK ATAU MENINJAU

Permulaan proses perkahwinan ialah merisik atau meninjau. Biasanya dilaksanakan oleh keluarga pihak lelaki, khususnya ibubapa. Setelah teruna dan keluarganya berkenan dengan gadis yang dipilih , usaha merisik dijalankan untuk mengetahui samada gadis itu sudah berpunya atau tidak. Hasil daripada merisik ini akan dibuat rundingan dengan keluarga si teruna. Apabila diketahui sigadis belum berpunya upacara peminangan diaturkan.

UPACARA PEMINANGAN

Meminang sigadis hanya dilakukan bila keluarga sigadis menyatakan persetujuannya. Tugas meminang biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak, biasanya ketua-ketua adat dan syarak. Semasa meminang akan ditetapkan tarikh menghantar tanda. Perkara-perkara yang dibincangkan semasa upacara peminangan ialah hantaran belanja, persalinan dan tempoh bertunang. Disesetengah-sesetengah tempat berita pertunangan itu diberitahu kepada seisi kampong oleh Ketua Kampong di masjid ketika mengadakan sembahyang Jumaat.

UPACARA MENGHANTAR TANDA

Semasa upacara menghantar tanda, kebiasaannya sebentuk cincin akan dihantar oleh pihak teruna untuk disarungkan ke jari tunangannya. Menyampai dan menerima cincin itu dilakukan dalam majlis di rumah sigadis. Cincin ini disebut sebagai ‘cincin tanda’. Ia biasanya diiringi juga dengan sebahagian wang hantaran belanja. Tarikh perkahwinan juga dibincangkan bersama.

HANTARAN BELANJA

Pada tarikh yang dijanjikan upacara menghantar belanja dijalankan. Kedua-dua belah pihak diketuai oleh Ketua Kampong atau Ketua Syarak. Wang hantaran itu biasanya diiringi dengan persalinan untuk sigadis. Ia digubah dalam berbagai bentuk atau dibungkus dalam kain sahaja mengikut adat daerah masing-masing. Iringan yang lain termasuk bunga rampai; sirih junjung atau tepak sireh sahaja; pahar telor merah dan nasi semangat; alat solek; buah-buah atau lain-lain.

MENJEMPUT

Waris bakal pengantin ( ayah atau ibu, atau orang yang wajib dan diwakilkan) akan berkunjung ke rumah orang tua-tua di kampong itu untuk membritahu tentang hari perkahwinan itu. Mereka akan membawa tepak sireh dan terus menjemput dan meminta sanak saudara serta sahabat handai datang ke rumahnya bagi mengelolakan majlis itu. Majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah pengantin perempuan.

UPACARA NIKAH

Upacara akad nikah dijalankan sebelum upacara berinai besar dan bersanding. Imam mewakili wali perempuan menjadi jurunikah. Dalam upacara ini juga disahkan hantaran dan lain-lain. Mas kahwin disebut samada hutang atau tunai. Mas kahwin akan diserahkan kepada pangantin perempuan dan menjadi haknya. Dari saat ini sahlah mereka menjadi suami isteri.

BERINAI BESAR

Kedua pengantin memakai pakaian pengantin. Pengantin lelaki datang ke rumah pengantin perempuan dengan iringan arakan rebana. Upacara berinai didahului oleh pengantin lelaki yang duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan upacara itu. Pengantin perempuan akan mengambil tempat selepas pengantin lelaki.

HARI PERSANDINGAN

Dihari persandingan, jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi dengan selawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama sekiranya ia belum dihantar terlebih dahulu.

JEMPUT MENANTU

Majlis jemput menantu atau ‘menyambut menantu’ diadakan di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya dibuat pada hari ketiga, kelima atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan