CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, July 14, 2010

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI 2

Pantang larang orang Melayu


Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman dahulu berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat apatah lagi kepada generasi muda seperti saya.

contohnya,
- Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul ( Supaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak, dan tidak sopan kalau perkakas yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung )
- Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua. ( untuk mengelak masakan hangus kerana leka menyanyi )
- Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan ( Untuk mengelakkan lelaki berkenaan ditegur makhluk halus ataupun penunggu busut berkenaan )


Ramai orang kini menganggapnya hanya satu perkara yang mengarut sahaja tetapi mereka tidak sedar bahawa disebalik pantang larang ini semua, ada makna yang logik seperti Kalau makan nasi kena habiskan... kalau tidak nasi akan menangis, adakah benar nasi itu akan menangis dan bolehkah ia ? sudah tentu tidak ia hanya untuk mengelakkan berlakunya satu pembaziran kerana orang melayu diajar untuk tidak membazirkan rezeki. Namun, ramai sangkakan bahwa nenek moyang kita hanya mereka cerita tanpa mengetahui maksud-maksud sebenar pantang larang walaupun bunyinya melucukan atau boleh dikatakan "menakutkan" kerana ada juga anak dara yang takut untuk menyanyi di dalam dapur kerana tidak mahu berkhawin bersama orang tua padahal ia hanya untuk mengelak masakan hangus. Pada saya. pantang larang ini penting kerana ia mengajar banyak kebaikan.

0 comments: