CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, March 20, 2009

Cara-cara untuk menjadi seorang pengguna blogger yang bertanggungjawab

Bagi saya, untuk menjadi seorang pengguna blogger yang bertanggung jawab ialah, apabila seseorang itu menulis di blognya, seseorang itu tidak boleh menulis kata-kata yang kesat dan dia juga haruslah menulis dengan kata-kata yang elok. Sebagai seorang pengguna blogger, kita juga tidak harus memberi spam atau mengatakan kata-kata yang kesat kepada pengguna blogger yang lain di cbox mereka. Kadang-kala, kita mempunyai peraasan benci terhadap pengguna blogger yang lagi, mungkin akibat disakiti hati ataupun mereka yang telah melukakan hati kita. Kadang-kala, hasrat untuk berdendam keterlaluan hingga kita meletakkan gambar orang itu untuk memuaskan perasaan dendam kita dengan memalukan serta memburuk-burukkan mereka. Kelakuan ini sebenarnya tidak sepatut dilakukan oleh seorang pengguna blogger yang bertanggungjawab.

Selain darapada isi kandungan di dalam blog itu, penampilan blog itu ataupun 'Layout' seseorang blogger itu haruslah juga bersih daripada gambar-gamba atau perkataan yang ada unsur-unsur lucah, gambar yang boleh memburukkan-burukkan ugama, negara dan bangsa orang lain. Kita juga haruslah ingat bahawa orang lain boleh melapor bahan-bahan yang sensitif di dalam blog kita kepada pihak berkuasa. Keadaan ini boleh menjadi lebih rumit dah serius lagi jikalau mereka yang tersinggung oleh isi kandungan di blog kita melaporkan kepada pihak polis.

Perkara-perkara seperti ini memang sering dilakukan oleh ramai pengguna blog kerana blog telah menjadi sebuah alat untuk mereka meluahkan perasaan, tidak kira yang baik ataupun tidak. Ada pengguna blogger yang suka spam blog-blog orang lain, hanya kerana mereka berasa bosan. Sepatutnya, Blog bukanlah tempat untuk perkara-perkara begitu semua malahan ia sebuah tempat untuk sesiapa sahaja meluahkan perasaan dan kelalakuan seharian mereka. Menerusi blog, kita juga boleh menjual barang-barang yang tidak dipakai lagi dengan meletak gambar barang-barang itu di blog untuk menarik perhatian pembeli. Ini dinamakan 'blogshop'.

Untuk memuaskan lagi pengalaman mereka ketika membaca ataupun menggunakan blog kita, kita boleh memuatkan lagu atuapun vidoe untuk para pembaca blog kita. Kita juga boleh menggunakan blog sebagai sebauh alat promosi, contohnya untuk para pemuzik. Banyak faedah yang boleh diperolehi dari blog. Selain daripada itu, kita juga harus berhati dengan apa yang kita komen di blog orang lain. Jangan sampai mereka tersinggung peraasan atuapun perkara yang boleh menbawa salah perfahaman.

Untuk menutupkan perenggan ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya sebagai seorang pengguna blogger yang tidak bertanggung-jawab. Suatu ketika dahulu, saya pernah menulis di blog saya dengan menggunakan kata-kata yang kesat dan juga memaki hamun kerana rasa terhadap seseorang. Saya juga suka menjadi "anonymous" pada blog orang lain dan spam blogger mereka. Pada beberapa hari berikutnya,saya mendapati blog saya telah di'flag'. Disitu saya mempelajari bahawa perkara begini tidak boleh dilakukan dan saya tidak lagi melakukan perkara seperti begitu lagi. Kita juga tidak harus dan boleh menyamar sebagai orang lain di blog kerama perbuatan demikian adalah kejam dan meyedihkan kerana jikalau seseorang itu menyamar dan menulis tentang diri mereka yang tidak benar, ia boleh mencemar nama baik seseorang itu.

Akhir kata, saya menutup dengan sebuah peringatan yang saya sendiri telah mempelajari:

"Ingatlah, seorang pengguna blogger yang bertanggungjawab harus menulis dengan baik, elok dan juga jaga tingkah laku ketika menggunakan blog ataupun lelaman internet."